BUAH PUKUL WARISAN TERAKHIR
LOGO BUAH PUKUL
Buah Pukul Mersing? Pertama kali aku mendengar tentang kewujudan sejenis
aliran beladiri yang bernama buah pukul mersing adalah daripada salah
seorang jurulatihku sewaktu aku masih belajar silat cekak pada awal
tahun 1990-an dulu...di mana, selain silat sendeng, buah pukul mersing
adalah salah satu aliran yang dikaguminya. Masa itu aku belum banyak
terdedah kepada nama-nama aliran beladiri selain daripada yang biasa aku
dengar sahaja seperti karate, tae kwon do, silat gayung, cekak,
sendeng, lincah dan mungkin beberapa lagi...tetapi buah pukul
mersing?...memang nama yang terlalu asing bagiku. Oleh sebab tak banyak
yang aku tahu tentang aliran ini...pulak tu namanyapun pelik
sikit...takde perkataan silatpun kat depannya...buah pukul
mersing?...hehe... maka bersama peredaran masa, nama buah pukul mersing
inipun aku lupakan....sehinggalah....
Pertengahan dekad pertama abad ke-21, satu aliran buah pukul mersing membuka gelanggangnya di taman perumahan tempat aku tinggal, atas permintaan pihak surau dengan tujuan melatih penduduk-penduduk taman khasnya untuk ahli rukun tetangga. Aku hadir sewaktu jurulatihnya memberikan taklimat dan demo ringkas untuk memberikan lebih kefahaman tentang apa itu buah pukul mersing...dan dari situ aku tahu nama aliran ini adalah lian padukan....dan dari situ juga aku tahu rupanya aliran beladiri yang di bawah nama umumnya buah pukul mersing ada banyak alirannya dengan pelbagai nama, antaranya adalah lian padukan, gayang lima, gerak lian, lian yunan, lian kwangtung, lian paduka dan ada juga yang mengekalkan namanya sebagai buah pukul mersing sahaja. Aliran-aliran ini banyak terdapat di negeri-negeri johor, pahang dan terengganu.

Mohamed bin Chik atau lebih dikenali sebagai Pak Mat Kedidi mula menuntut Buah Pukul dari ayahnya sendiri.
Sewaktu berusia 9 tahun, beliau ke Kelantan untuk menambahkan ilmunya. Ketika berumur 19 tahun pula, beliau berguru dengan Awang bin Idris, iaitu abang iparnya.
Pada tahun 1939, sewaktu berumur 27 tahun, beliau menyertai pasukan polis dan ditugaskan di sempadan Siam. Di sana, beliau sempat berguru aliran Tomoi dengan Tok Chah, seorang guru yang masyhur di Padang.
Berkat kegigihan Pak Mat Kedidi, beliau menjadi juara Tomoi di Padang dengan gelaran ‘Black Beetle’ (Kumbang Hitam). Selepas itu, beliau berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Sungai Belum, Melaka untuk berguru dengan Long Aman bin Ujang dalam aliran Sendeng Asli Muar, di mana Pak Mat Kedidi turut mendalami seni Tekpi.
Pak Mat Kedidi yang turut menuntut Buah Pukul dari Cu Aman akhirnya menerima ‘Nukil’ (Catatan Salasilah Perguruan) daripada gurunya itu pada tahun 1961 di samping disuruh berguru dengan Kadi daerah Mersing ketika itu iaitu Sani Abu Samah.
Pada 1972, sebelum bersara, beliau bersahabat dengan Pak Manas, guru silat Sunting Johor dan berjumpa dengan abang sepupunya, Haji Ahmad Awang, mufti kerajaan negeri Johor ketika itu.
Setelah bersara, Pak Mat Kedidi mengembangkan seni ini yang menggabungkan Sendeng, Sunting, Buah Pukul Mersing dan Tomoi di dalam satu permainan yang kukuh dan mengekalkan identiti dan konsep asas buah pukul iaitu, "Hendak Mengena, Tak Nak Kena"

SESIAPA YANG MINAT SILA LAYARI LAMAN WEB BUAH PUKUL MERSING
SEKIAN.
No comments:
Post a Comment