SUKAN RAGBI
Ragbi (
bahasa Inggeris:
Rugby)
merupakan sejenis permainan bola berpasukan. Dimainkan oleh dua
pasukan, pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara
menyepak, melontar, atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak
untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan.
Pasukan yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan
diistiharkan menang bagi perlawanan ini.
Permulaan
Bagaimana permainan ragbi ini bermula? Ia bermula pada tahun 1823 di
England, pada waktu itu William Webb Ellis sedang bermain bola sepak di
sekolah Rugby. Dia secara tidak sengaja telah mengambil dan membawa lari
bola tersebut. Maka tercetuslah suatu permainan baru. Selepas itu
Universiti Cambridge pula telah melakukan aktiviti tersebut, melalui
universiti ini ragbi telah diperkembangkan sehingga ia menarik minat
ramai orang. Universiti Cambridge juga telah membuat beberapa peraturan
untuk permainan ragbi ini.
Setelah itu ragbi mula berkembang di seluruh dunia dan disertai oleh
banyak negara. Pada mulanya sistem permainan tidak teratur disebabkan
undang-undang permainan selalu berubah. Selain itu cara permainannya
yang agak lasak menyebabkan ramai yang takut untuk mengikutinya Ini
boleh dilihat sewaktu pergelutan berlaku apabila kedua-dua pasukan cuba
merebut bola. Tetapi semenjak aktiviti ini diperbaharui dari segi
permainannya, ramai orang mula menyertainya. Ia tidak seganas dahulu.
Permainan ini mudah dan tidak perlu mengeluarkan banyak kos
perbelanjaan. Apa yang penting dalam permainan ragbi ini ialah ; bolanya
tidak boleh dibaling ke hadapan. Sebaliknya, ia harus dilontar ke
belakang. Selain itu, permainan ini membenarkan pemain menarik pemain
dan boleh juga menjatuhkan pemain tetapi tidak dibenarkan sama sekali
menyepak pemain!
Pemain
Untuk bermain ragbi, setiap pasukan perlu mempunyai seramai 15 orang
pemain. Tetapi untuk masa sekarang, permainan ragbi 7 dan 10 sebelah
semakin meningkat popular. Terdapat dua kumpulan pemain. Kumpulan
pertama dipanggil "forwards" yang terdiri daripada lapan pemain.
Kumpulan kedua pula dipanggil "queus" yang terdiri daripada tujuh orang
pemain.
Pengenalan kepada permainan ragbi
Pasukan ragbi mempunyai seramai 15 orang pemain. Pemain akan mencuba
mendapatkan bola bentuk bujur dan cuba melepasi garisan gol lawan yang
dipanggil "the try-line". Jika anda berjaya membawa bola melepasi
garisan gol lawan dan menyentuh bola ditanah, anda berjaya mencuba dan
memungut 5 mata. Selepas pasukan berjaya mencuba, anda diberi pula
"conversion". Seorang pemain yang diberi gelaran "fly half" adalah mahir
menendang dalam pasukan itu dan akan menendang bola dan melepasi palang
gol.
Keselamatan
Di dalam permainan ragbi ini, keselamatan adalah antara ciri-ciri
penting yang perlu dititikberatkan selain peraturan dan teknik
permainan. Sebelum memulakan permainan, seeloknya peraturan permainan
Ragbi perlulah dipelajari untuk mengelakkan penggunaan teknik-teknik
yang salah semasa bermain di atas padang. Terdapat juga pelindung badan
yang boleh dipakai semasa bermain Ragbi. Antaranya seperti headgear
untuk melindungi kepala, pelindung bahu dan dada, pelindung siku dan
lutut dan pelindung gigi.
Selain itu, teknik yang betul semasa bermain juga penting untuk
mengelakkan kecederaan parah. Semasa mencapai pihak lawan, bagaimana
capaian di buat, kawasan mana capaian dilakukan, semua itu adalah
penting untuk mengelakkan mana-mana pihak daripada tercedera. Pendidikan
awal untuk sukan ini adalah sangat penting, kerana ramai yang salah
anggap dengan permainan ini, dan hanya bermain dengan membuta tuli dan
seterusnya telah menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku
seperti kecederaan serius patah bahu atau tangan.
Pakaian
Pakaian yang biasa digunakan adalah Jersi tahan lasak yang diperbuat
daripada bahan yang kuat. Antara pengeluar Jersi yang terkenal adalah
seperti
Adidas,
Nike,
Canterburry,
Hasbro dan banyak lagi. Tetapi kini, terdapat jenama lain seperti
Gilbert,
Kooga,
Puma.Selain
itu, pemain ragbi akan memakai kasut yang mempunyai stad di tapak
seperti kasut bola.Terbahagi kepada 2 jenis iaitu 6 stad untuk bahagian
forward dan 8 stad untuk backline. Ini adalah dengan tujuan untuk
bermain di atas padang berumput supaya tidak tergelincir atau
sebagainya. Dilengkapi dengan stoking, pemain ragbi juga kebiasaannya
memakai seluar pendek atau panjang daripada bahan yang tahan lasak
juga.Ragbi juga terkenal dengan body armor atau body tight sejenis baju
nipis yang ketat dipakai sebelum menyarung jersey.Tujuannya ialah untuk
mngelakkan dari kulit badan calar akibat jatuh atau terseret di atas
padang